“Anak Lebih Patuh Arahan Guru”- Pelajar Menangis Kerana Ayah Ubah Skrip Pidato Buat Ramai Boleh Relate [Video]

Family & Parenting
8 May 2025 • 4:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kanak-kanak yang bergelar pelajar pasti akan sentiasa menghormati gurunya. Malah ada segelintir yang sememangnya menjadikan guru sebagai idola dan individu yang perlu dicontohi.

Disebabkan rasa hormat yang tinggi atau takut.. opss.. ada pelajar yang enggan membantah apa sahaja arahan guru dan hanya mengikutinya.

Malah ada juga yang berdepan kes lucu di mana anak menangis kerana ibu bapa melakukan perkara tidak seperti yang dipinta oleh guru.

Anak menangis kerana ayah tambah skrip pidato

Perkara sama turut berlaku kepada pendakwah bebas, Ustaz Mohd Hariri Daud sewaktu sedang melatih anak kecilnya untuk berpidato sehingga meraih perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ustaz Hariri di Instagram, awalnya kelihatan anak Ustaz Hariri khusyuk melihat gaya bapanya membuat pembukaan pidato dengan memberi salam serta gayanya.

Sebaik pendakwah itu selesai, anaknya dilihat meniru gaya yang sama seperti ayahnya.

Ustaz Hariri kemudiannya mula menukar teks ucapan pidato anaknya dengan menambah beberapa ucapan sehingga membuatkan pelajar itu menangis.

“Kisah bermula: Saya ajar dia (anak lelaki) gaya pidato. Saya pun ubah teks pidato, ubah sikit sahaja.

“Dia menangis dan marah ‘janganlah tambah katanya’ (kepada ayah sambil muka menangis),” tulisnya.

Reaksi anak buat ayah sedar jangan ubah apa yang cikgu susun

Kelihatan reaksi si anak kemudiannya membuatkan Ustaz Hariri tergamam dan tergelak sebelum menghentikan latihan mereka.

Malah dia turut mengakui ibu bapa tidak boleh mengubah apa yang sudah disusun oleh guru kerana anak-anak lebih patuh pada arahan mereka.

“Pengajarannya, jangan pandai-pandai ubah apa yang cikgu dah buat. Anak lebih patuh arah cikgu,” katanya sambil ketawa kecil.

Ramai ibu ayah terhibur lihat gelagat si anak

Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur dengan gelagat dua beranak itu dan menyifatkan mereka juga pernah berdepan perkara sama dengan anak-anak.

Malah ada ibu ayah yang mengakui mereka tidak boleh menukar sebarang perkara yang telah disusun oleh guru kerana ia akan membuatkan anak menangis.

Ada juga yang mengatakan anak mereka tetap berasa hanya ‘guru mereka yang betul’.

Tidak kurang ada yang mengatakan momen itu bakal menjadi kenangan indah untuk dikenang oleh dua beranak berkenaan.

Untuk makluman, Ustaz Hariri yang juga seorang pemidato serta sering tampil sebagai pengacara dalam banyak program atau forum ceramah agama di televisyen.

Berikut adalah komen netizen:

“Betul, cikgu lebih betul. Padahal bapak dia dah berpidato depan pemimpin dunia tu”

image is not available

“Anak saya pun sama, bila kita tambah je konon nak bagi best. Boleh menangis, mak stress”

image is not available

“Betul sangat, cikgu kata A, maka A lah dia. Tiada A’s walau sikit tambahannya. Yelah nak, ibu tak pandai”

image is not available

“Sebagai seorang guru dan biasa jadi wakil sekolah waktu kecil, budak-budak ni dia memang akan percaya pengurus utama (cikgu) sebab kepercayaan lebih tinggi memandangkan ibu bapa tak mengurus di sekolah dan mungkin kurang sedar dengan peraturan (sebagai budak dulu saya fikir begitu)…”

image is not available