
TAWAU: Seorang wanita berusia 43 tahun kini bertarung nyawa selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipercayai dipandu oleh pemandu mabuk ketika dia berjoging pada waktu malam, Sabtu lalu.
Kemalangan itu berlaku sekitar jam 9.10 malam di Batu 9, Jalan Apas, ketika mangsa sedang berjoging bersama rakan-rakannya dari Bandar Sri Indah (Batu 10) menuju ke kawasan T2 di Batu 2, Jalan Apas.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa masih dalam keadaan kritikal di Hospital Tawau setakat Ahad.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Pemandu lelaki berusia 57 tahun yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan terbabit.
Siasatan polis mendapati kenderaan pacuan empat roda itu terlebih dahulu melanggar sebuah MPV yang dipandu seorang lelaki berumur 39 tahun dari Taman Ria 11 menuju ke Lapangan Terbang Tawau.
Akibat pelanggaran itu, pemandu pacuan empat roda berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan dan merempuh mangsa yang sedang berjoging.
Polis menahan pemandu terbabit di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
Jika sabit kesalahan, dia berdepan hukuman penjara tujuh hingga 10 tahun, denda antara RM50,000 hingga RM100,000 serta penggantungan lesen memandu selama 10 tahun.
Jasmin turut menasihatkan orang ramai supaya mengelak berjoging di jalan raya pada waktu malam kerana jarak penglihatan yang terhad serta aliran trafik yang laju, sebaliknya memilih trek joging yang bercahaya atau kawasan selamat bagi mengelakkan tragedi seperti ini.


![[VIDEO] Murid tabika cedera dilanggar van sekolah depan rumah](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)


