Wanita Luah Rasa Kagum, Pasaraya Elak Jual Barangan Yang Diboikot

Entertainment
8 Mar 2024 • 5:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang kita sedia maklum, sehingga kini umat islam menjalankan aktiviti memboikot mana-mana produk yang ada kaitan dengan Israel.

Jelas sekali kita dapat lihat di sini bahawa ‘kuasa’ memboikot ini dilihat memberi impak pada syarikat besar yang terlibat. Dalam video yang tular ini, seorang wanita ke pasaraya dan mendapati pihak pasaraya itu juga turut memboikot.

Dalam video ini kelihatan ada satu section rak sengaja dikosongkan dan menampak nota boikot sebagai tanda protes terhadap negara regim itu.

Difahamkan lokasi pasaraya ini terletak di Terengganu, menurut video tersebut, pihak pasaraya memulakan gerakan memboikot itu sehak 1 Mac lepas.

image is not available

Banyak barang telah dikosongkan dan difahamkan sebelum ini merupakan ruang produk-produk yang dikaitkan dengan negara tersebut.

Atas tindakan itu, ramai netizen memuji pasaraya tersebut dan mereka ingin menyokong perniagaan pasaraya itu. Mereka meminta agar ia diperluaskan lagi cawangannya ke negeri-negeri dan daerah lain.

image is not available image is not available

Tolonglah, luaskan lagi cawangan, kitaoang memang nak support.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.