‘Wanita luar biasa’, Shuib hargai pengorbanan Watie, selamat timang bayi perempuan

LocalFamily & Parenting
6 Apr 2026 • 9:24 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Pelawak terkenal, Shuib Sepahtu meluahkan rasa syukur apabila isterinya, Watie Hanifiah, selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada Isnin.

Menerusi satu perkongsian di platform Instagram, Shuib memaklumkan bayi perempuan mereka dilahirkan tepat pada pukul 3.47 petang.

“Alhamdulillah, Isnin, 6 April 2026, tepat pukul 3.47 petang lahirnya puteri daddy dan mummy,” tulisnya ringkas namun penuh bermakna.

Dalam masa sama, Shuib turut menyifatkan isterinya sebagai seorang wanita yang sangat luar biasa kerana melalui proses kelahiran dengan tabah. Beliau juga bersyukur segala urusan dipermudahkan serta berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Terima kasih sayang, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa! Alhamdulillah semuanya cukup senang dan dipermudahkan.

“Perancangan Allah luar biasa, kita reda, kita tawakal dan bersyukur selalu. Terima kasih yang mendoakan kami sekeluarga. Selamat datang #AJZ #pershuibofhappyness,” ujarnya lagi.

Kelahiran bayi yang digelar AJZ itu menambah lagi kebahagiaan dalam keluarga Shuib, sekali gus menerima ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti di media sosial. – MYBERITA