Wanita maklum suami kena OT, rupanya berduaan dengan lelaki China

13 Aug 2026 • 11:47 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita maklum suami kena OT, rupanya berduaan dengan lelaki China

KULIM – Seorang wanita memberi alasan kepada suaminya bahawa dia perlu bekerja lebih masa, namun sebaliknya berada di rumah seorang lelaki warga China di Taman Merawan, di sini sebelum kedua-duanya ditahan kerana disyaki berkhalwat tengah malam tadi.

Pegawai Penguat Kuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifuddin Mat Saad berkata, pasangan itu ditahan di dalam sebuah bilik di tingkat bawah rumah dua tingkat itu kira-kira pukul 12.40 tengah malam.

“Ketika serbuan dilakukan, wanita berusia 27 tahun itu memakai baju kelawar, manakala lelaki warga China berusia 39 tahun memakai seluar pendek berwarna hitam dan baju lengan pendek. Wanita terbabit memberi alasan mahu membantu lelaki itu membuat kerja menggunakan komputer,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suami wanita terbabit turut berada di lokasi ketika tangkapan dilakukan bersama ibu dan bapa mentuanya.

“Wanita yang berasal dari Kuala Ketil dan bekerja di sebuah kilang di kawasan Hi-Tech mengenali lelaki itu ketika bekerja di tempat yang sama. Dia mempunyai dua anak lelaki berusia enam dan lapan tahun. Ketika pemeriksaan, komunikasi antara pegawai dengan lelaki itu dilakukan menggunakan aplikasi terjemahan. Hasil pemeriksaan turut mendapati terdapat dua lagi lelaki warga China yang merupakan rakan lelaki terbabit berada di tingkat atas rumah,” katanya di sini, hari ini.

Tambahnya, pasangan terbabit dibawa ke Pejabat Agama Daerah Kulim untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25(a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkhalwat. – KOSMO! ONLINE

The post Wanita maklum suami kena OT, rupanya berduaan dengan lelaki China appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved