Wanita Malaysia jadi hero, dedah trik timbangan penjual Vietnam

LocalTravel
23 Sep 2025 • 11:02 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Tindakan berani seorang wanita dari Gua Musang menegur penjual anggur di sebuah pasar di Vietnam kerana didakwa menipu timbangan, meraih pujian ramai pengguna media sosial.

Menerusi satu video tular di TikTok, wanita tersebut meluahkan rasa tidak puas hati apabila peniaga terbabit menimbang buah anggur bersama bakul sekali gus menyebabkan harga menjadi lebih mahal daripada sepatutnya.

Situasi itu mencetuskan kekecohan kecil apabila wanita berkenaan lantang menuntut penjelasan dan meminta kembali wang yang sudah dibayar.

Aksi spontan itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan keberaniannya menegakkan hak sebagai pembeli.

“Baru dia tahu perempuan Malaysia macam mana, puas hati tengok.”

“Semoga saya pun ada keberanian macam ni. Kalau saya, mungkin dah marah dalam hati saja.”

“Hebat! Kalau pergi travel, kena ajak wanita ni sekali.”

Insiden itu sekali gus menjadi pengajaran kepada pelancong Malaysia agar lebih berhati-hati ketika berbelanja di luar negara, terutama membabitkan urusan tawar-menawar dan timbang barangan di pasar.