Wanita Maut Akibat Jangkitan Kuman Ke Otak Gara-gara Tindik Bibir

Entertainment
14 Jul 2022 • 7:24 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita telah meninggal dunia selepas tindikan bibirnya telah menyebabkan dia dijangkiti kuman dan merebak otaknya.

Andressa Souza, 20, meninggal dunia selepas 24 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi di Hospital da Vida di Dourados, Brazil.

Doktor mendapati dia mengalami jangkitan otak selepas menerima tindikan baru pada mulutnya. Ibunya, Maria Aparecida da Silva, memberitahu media tempatan bahawa anak perempuannya ditindik bibir bawahnya dua bulan sebelum dijangkiti.

image is not available

Walaupun dia berkata dia tidak ingat di mana Andressa mendapat tindikan itu, dia dapat mengingati bahawa dia membayar R$60 (RM 20) untuk tindikkan itu.

Ia kemudiannya menjadi radang dan bengkak, dan dia mula mengalami sakit kepala dan demam yang teruk pada hari Isnin 13 Jun.

Ibunya percaya ini adalah kes demam denggi kerana terdapat wabak di kawasan mereka yang telah menjejaskan keluarga mereka baru-baru ini, dan membawanya ke hospital.

“Sekitar 13 Jun lalu, dia mula berasa tidak sihat, dengan sakit kepala dan demam yang teruk. Kami menyangka ia adalah denggi, kerana terdapat wabak di sini di Itaporã. Kami segera membawanya ke doktor.”

Tetapi dia kemudiannya terpaksa dikejarkan ke ICU selepas keadaannya makin teruk, lapor Daily Star.

“Kami melihat bahawa mulutnya sangat bengkak, tidak ada cara untuk menggerakkannya. Ia sangat bengkak sehingga tidak ada cara untuk mengeluarkannya [tindik]. Jangkitan masuk ke dalam aliran darah dan, dari sana, bersarang ke dalam otak.

“Dia menjalani pembedahan dan telah diintubasi. Dia tinggal dari 15 Jun hingga 9 Julai”.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.