Wanita maut, bayi lapan bulan antara cedera pacuan empat roda terbabas

11 May 2026 • 1:50 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita maut, bayi lapan bulan antara cedera pacuan empat roda terbabas
Pasukan bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Bukit Belacon Segama, Lahad Datu pada Isnin. - FOTO: Bomba

LAHAD DATU - Seorang wanita maut manakala tiga lagi termasuk bayi berusia lapan bulan cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Belacon Segama di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Nalma Ato, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi manakala tiga lagi, Oden Amros, 42, Aiman Makmur, 25, dan bayi perempuan dikenali sebagai Sartika masing-masing mengalami kecederaan ringan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.47 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 17 kilometer dari BBP Lahad Datu.

"Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota SR yang terbabas sendiri dan terdapat seorang mangsa tersepit didalamnya.

"Operasi mengeluarkan mangsa segera dilalukan menggunakan peralatan khas Rescue Tools (RTA) namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.

Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

"Sementara itu, tiga lagi mangsa lain dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Lahad Datu dengan menggunakan ambulans bagi rawatan lanjut.

"Operasi kemudian ditamatkan selepas memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved