Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

4 Jul 2024 • 8:28 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Penduduk kampung berjaya menangkap ular sawa yang menelan seorang wanita. - Gambar BERNAMA

JAKARTA  – Seorang wanita Indonesia berusia 30 tahun maut selepas ditelan ular sawa sepanjang enam meter di Daerah Luwu, Sulawesi Selatan.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang dikenali sebagai Suriaty sedang berjalan menuju ke rumah abangnya di Kampung Siteba, Daerah Kecil Walenrang Barat untuk mengambil ubat anaknya yang sakit pada pagi Selasa.

Setiausaha kampung lyang memberitahu portal tvOnenews yang perjalanan wanita berkenaan bertukar menjadi tragedi apabila dia diserang oleh ular sawa itu.

"Suaminya menjejaki tapak kakinya dan menemui barang-barang berselerak seperti selipar, beg, dan seluar di tepi jalan, yang berselerak dalam jarak beberapa meter.

"Tidak berapa jauh dari situ, ular sawa berkenaan ditemukan dengan perut yang kelihatan buncit. Dia segera meminta bantuan penduduk tempatan untuk meneutralkan ular berkenaan dan mengeluarkan mayat mangsa," kata lyang.

Suriaty dikenali sebagai seorang suri rumah tangga dan petani yang berdedikasi, meninggalkan lima anak kecil. – BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved