Wanita Maut Jatuh Lubang Saluran Air

17 Sep 2024 • 5:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Wanita Maut Jatuh Lubang Saluran Air

Seorang wanita disahkan maut selepas jatuh ke dalam sebuah lubang saluran air, lapor Sinar Harian.

Insiden dilaporkan berlaku di Stesen Gelombang Mikro Bukit Mertajam, Jalan Kolam Cherok Tok Kun pada Selasa.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang menjalani aktiviti mendaki bukit di kawasan terbabit.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azmi Zakaria, mengesahkan bahawa mangsa ialah Oh Ai Chin, 50, dari Simpang Ampat, Nibong Tebal.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 12.59 tengah hari berhubung seorang wanita terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam 1.82 meter semasa menjalani aktiviti mendaki bukit.

“Kerja-kerja mengeluarkan mangsa berjaya dijalankan, namun mangsa disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

image is not available
Sumber: Sinar Harian

Tambah beliau, enam anggota BBP Bukit Mertajam terlibat dalam operasi tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved