Wanita Maut Kemalangan Tiga Kereta Di Lebuhraya Karak

23 Sep 2025 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Seorang wanita maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Karak, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, kemalangan itu membabitkan tiga kereta jenis Perodua Ativa, Perodua Myvi dan Honda City.

"Terdapat empat mangsa lelaki berusia 20-an dilaporkan selamat.

"Seorang mangsa perempuan berusia 19 tahun tersepit di dalam kereta Honda City dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi," katanya .