Wanita Maut, 2 Cedera Dihempap Pokok Ketika Berkhemah

LocalEnvironment
19 Sep 2025 • 4:38 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar JBPM Pahang

KUANTAN - Seorang wanita maut manakala dua lelaki termasuk kanak-kanak cedera selepas khemah mereka dihempap pokok tumbang hari ini. 

Insiden berkenaan berlaku di kawasan perkhemahan Pulau Santap, Janda Baik, Bentong.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata menerima panggilan kecemasan kejadian pada 7.56 pagi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bentong tiba di lokasi pada 8.45 pagi.

"Seorang wanita berusia 38 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dua lagi mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis manakala mangsa cedera dibawa ke hospital. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved