Wanita maut kereta bertembung

15 Nov 2022 • 4:03 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Seorang wanita maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ranau Lama berhampiran Tamparuli di sini, Ahad lalu.

Dalam nahas kira-kira jam 3 petang itu, mangsa yang menaiki kereta Perodua Viva dikenali Noorraini Mohd Yusoff, 28, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 3.08 petang.

Katanya, susulan laporan itu, seramai lapan anggota termasuk pegawai bergegas ke lokasi kejadian berserta satu jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati seorang mangsa tersepit dan bertindak mengeluarkannya menggunakan peralatan khas.

“Namun, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, tiga lagi mangsa berusia tiga tahun sehingga 31 tahun di kenderaan sama dilaporkan cedera manakala pemandu kereta pacuan empat roda jenis Toyota Vigo, seorang lelaki berusia 45 tahun turut cedera.

“Semua mangsa dihantar ke Hospital Tuaran untuk menjalani rawatan manakala mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Pasukan bomba seterusnya menjalankan pemeriksaan kenderaan dan lokasi bagi mencegah bahaya lain sebelum operasi ditamatkan jam 6 petang,” ujarnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.