
NILAI – Seorang wanita maut selepas kereta dinaiki dirempuh lori di Kilometer 284.4 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.01 pagi itu, mangsa, Yong Mei Ying, 32, yang memandu Perodua Axia, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa bersama kakaknya yang berusia 39 tahun dalam perjalanan dari Melaka ke Perak telah berhenti di lorong kedua lebuh raya kerana kereta mengalami kerosakan.
“Seorang penunggang motosikal cuba membantu mangsa mengalihkan kenderaan berkenaan. Bagaimanapun, sebuah lori yang dipercayai tidak menyedari kewujudan mangsa dan penunggang motosikal terbabit telah merempuh bahagian belakang Perodua Axia,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, akibat rempuhan itu, penumpang kereta dan penunggang motosikal dan pemandu lori yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) serta kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
The post Wanita maut kereta rosak dirempuh lori appeared first on Kosmo Online.




![[VIDEO] Cemas dikejar gelandangan sambil hayun kotak](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/wanita-gelandangan-1024x766.jpeg)

