![Image from: [VIDEO] Cemas dikejar gelandangan sambil hayun kotak](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/wanita-gelandangan-1024x766.jpeg)
PETALING JAYA – Seorang lelaki berdepan detik mencemaskan apabila dikejar seorang wanita dipercayai gelandangan yang membawa sekeping kotak ketika melalui sebuah jejantas di Johor Bahru.
Kejadian itu tular selepas lelaki berkenaan berkongsi rakaman di Threads menggunakan akaun @Fvrizuvnrazali117 yang sehingga kini meraih lebih 23,400 tanda suka.
Menerusi rakaman tersebut, lelaki berkenaan dilihat berjalan di atas jejantas sebelum menyedari wanita terbabit datang dari arah belakang sambil memegang sekeping kotak.
Situasi bertukar cemas apabila wanita berkenaan kemudian berlari mengejarnya sebelum bertindak membaling kotak sehingga menyebabkan lelaki itu turut berlari untuk menjauhkan diri.
“Salam, dia ingat aku tak berani lalu sebelah dia. Tapi nak taip Thread ni pun gigil. Dekat Toppen JB, saya ingatkan dia dah naik bas. Rupanya belum,” tulisnya.
Menurut lelaki itu, wanita berkenaan dipercayai sering berada di kawasan berkenaan dan dia mendakwa pernah melihatnya sebelum ini.
Seorang pengguna Threads, @Nrainarzali pula mendakwa pernah terserempak dengan wanita sama yang sering menaiki bas sebelum turun berhampiran Dato’ Onn.
“Weh, dia ni selalu naik bas kemudian dia turun dekat Dato’ Onn. Dalam bas dia akan cakap seorang-seorang terpekik-pekik macam marah-marah. Takutlah,” tulisnya.
Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dengan ada yang mengakui terkejut melihat lelaki tersebut dikejar.
“Kalau begini kita pun jadi takut nak guna jejantas. Baik lah lintas jalan biasa je,” komen @Asyraf.
“Mohon JKM beri perhatian, kadang memang boleh buat tak tahu. Tapi kalau dia mengamuk suatu hari nanti sampai mencederakan orang kan susah,” komen @Lina. – KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] Cemas dikejar gelandangan sambil hayun kotak appeared first on Kosmo Online.






![[VIDEO] Nenek jadi ‘bidan’ sambut cucu dalam MPV](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-07-at-09.35.02-1.jpeg)