Wanita Muda Lemas Selepas MPV Terjunam Ke Sungai Muar

9 Dec 2025 • 10:07 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Seorang wanita berusia lingkungan 20-an maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terjunam ke dalam Sungai Muar di Tanjung Agas dekat sini hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan I Jahairi Shukor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.48 petang sebelum 10 anggota BBP Muar dan Tangkak dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, pasukan mendapati seorang wanita terperangkap dalam kenderaan Nissan Grand Livina. Mangsa berjaya dikeluarkan, tetapi disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi penyelamatan tamat sepenuhnya pada 4.40 petang.

Sumber: Bernama