Wanita maut, tiga parah kemalangan di Lahad Datu

12 Jul 2023 • 1:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LAHAD DATU: Seorang wanita berusia 50-an maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Sabahan Lahad Datu-Tawau, di sini Isnin lepas.

Wanita itu menaiki Proton Saga bersama empat orang lain apabila kenderaan mereka bertembung dengan sebuah Pacuan Empat Roda (4WD) kira-kira jam 3.30 petang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.35 petang melalui MERS999.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 38km dari balai.

SPONSORED CONTENT Over 20 units booked at The Horizon’s grand launch Kota Kinabalu: The grand launch of The Horizon at Damai saw a good response with more than 20 condominium units booked, Sunday. Read more “Seorang kanak-kanak yang menaiki sebuah Proton Saga telahpun dibawa ke hospital sebelum bomba tiba di lokasi.

“Pasukan kami terus mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan menggunakan alat menyelamat, empat orang dikeluarkan di mana tiga daripadanya cedera parah manakala seorang lagi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat menamatkan operasi pada jam 5.15 petang.

Sementara itu di Tuaran, seorang lelaki cedera akibat tersepit selepas kereta 4WD yang dipandunya merempuh sebuah rumah di Jalan Tuaran - Kota Belud, Kampung Bunga, Tenghilan di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa mengalami kecederaan pada beberapa anggota badan akibat rempuhan terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.38 petang berhubung kejadian itu.

“Lima anggota dikerah ke lokasi kejadian bersama sebuah jentera dan sebuah kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Apabila tiba di lokasi, pasukan kami mendapati mangsa mengalami kecederaan dan dikeluarkan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa yang merupakan warga tempatan kemudian diserahkan kepada pihak ambulans sebelum dihantar ke hospital Tuaran untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, sebahagian struktur rumah dua tingkat jenis tidak kekal itu turut mengalami kerosakan dalam insiden berkenaan.

Bagaimanapun, tiada penghuni atau orang awam yang berada di sekitar lokasi mengalami kecederaan atau kemalangan jiwa.

“Pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu mangsa dan keadaan struktur rumah bagi mencegah bahaya lain,” tambahnya.

Abdul Qawie berkata, operasi ditamatkan jam 5.10 petang. “Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.