
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia menjadi sensasi internet kerana berpura-pura dirasuk apabila ditahan polis dalam sekatan jalan raya.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah menunjukkan wanita itu melakukan tarian pelik ketika berada di atas motosikal.
Dia kemudian turun daripada motosikalnya dan duduk di tepi jalan sebelum menyanyi sambil menari.
Masih belum diketahui punca dia ditahan dan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa.
Rakaman itu mencatatkan leih 895,300 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Biarkan dia. Nanti dia sendiri yang penat,” kata seorang netizen.
“Pertama kali saya tengok orang kena rasuk seperti ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Wanita naik ‘syeikh’ semasa sekatan jalan raya appeared first on Kosmo Online.





