Wanita OKU 44 Tahun Ditemui Dalam Keadaan Lesu Ditemani Mayat Bapa & Adik

25 Aug 2024 • 10:26 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang bapa berusia 76 tahun dan anaknya yang juga OKU yang berusia 37 tahun ditemui dalam keadaan meninggal dunia di dalam rumah mereka.

Memetik laporan Berita Harian, turut ditemui ialah seorang wanita OKU berusia 44 tahun di dalam rumah itu dan difahamkan, wanita ini dipercayai ialah anak kepada lelaki 76 tahun yang meninggal dunia itu.

Wanita itu ditemui dalam keadaan lesu kerana dipercayai terpaksa berlapar ditemani mayat bapa dan adiknya.

image is not available

Keadaan mereka sekeluarga ditemui apabila penduduk sekitar membuat laporan bahawa mereka terhidu bau busuk dari rumah tersebut yang terletak di Sungai Abong, Muar.

Menurut penduduk sekitar juga, rumah yang didiami mereka itu juga sudah beberapa hari berada dalam keadaan sunyi dan gelap.

Menurut Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz iaitu Ketua Polis Daerah Muar, kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.