Wanita Orang Asli sesak nafas diterbangkan untuk terima rawatan

17 Jun 2023 • 12:14 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GUA MUSANG: Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) seorang wanita Orang Asli yang sesak nafas sejak sebulan lepas dari Pos Pasik, dekat sini, untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Gua Musang, semalam.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Udara Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata Asmah Asod, 43, yang diiringi kakaknya Leha Mat Noor, 42, dibawa keluar daripada perkampungan tersebut menggunakan pesawat Agusta Westland 189 (AW189) pada 3.35 petang.

Beliau dalam kenyataan berkata pesakit itu memerlukan bantuan pernafasan kerana tidak dapat bernafas dengan sempurna, selain mengalami sakit dada, pening dan muntah.

Katanya operasi diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Safri Rambli serta dibantu Timbalan Penguasa Bomba II Khirulnizam Jamaludin bersama tiga kru lain, berjaya dilaksanakan dalam tempoh 3 jam 12 minit. -Bernama