Wanita parah ditetak suami gara-gara cemburu

27 Jun 2026 • 3:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Wanita parah ditetak suami gara-gara cemburu

KOTA MARUDU: Seorang suri rumah warga tempatan cedera parah selepas ditetak dengan parang oleh suaminya, dipercayai angkara cemburu, di hadapan rumah mereka di Kampung Mangkupa, dekat sini, Khamis lepas.

Mangsa berusia 40 tahun itu, yang mengalami 14 kesan luka berukuran 3.5cm hingga 9cm, berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kota Marudu dan akan dirujuk ke Hospital Queen Elizebeth 1 untuk rawatan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Supt Simiun Lomudin berkata suspek, seorang warga asing dikenali sebagai Sius, 50, yang merupakan pemegang pasport di bawah jaminan isterinya, telah pun ditahan pihak polis dan akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata.

Menurut Simiun, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pada jam 8.30 pagi selepas mangsa keluar ke halaman rumah sebelum ditegur oleh suspek kerana berbual dengan jiran-jiran lelaki.

Katanya, mangsa menafikan perkara itu, yang membawa kepada pertengkaran mulut antara suspek dengan mangsa.

“Sewaktu kejadian, saksi iaitu anak buah mangsa juga berada di rumah dan ternampak suspek pergi ke dapur untuk mengambil sebilah parang lalu menuju ke arah mangsa di hadapan rumah berkenaan.

“Suspek kemudian rebahkan mangsa dan meletakkan parang di leher mangsa. Saksi terus masuk ke dalam bilik tidur dan bersembunyi dengan anak-anak pasangan tersebut.

“Setelah suspek melihat mangsa berlumuran darah, suspek menjadi takut lalu melarikan diri. Mangsa kemudian bangun dan pergi dapatkan bantuan di rumah jiran berhampiran.

“Seorang jiran menghubungi talian kecemasan 999 untuk meminta bantuan.”Difahamkan, mangsa telah berkahwin secara adat kampung dengan suspek selama 19 tahun dan mereka mempunyai enam anak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved