Wanita perlu bersuara cari kembali keyakinan diri – Kaka Azraff

EntertainmentLifestyle
7 Nov 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita perlu bersuara cari kembali keyakinan diri – Kaka Azraff

KUALA LUMPUR: Pernah melalui fasa gelap dalam rumah tangga, penyanyi, Kaka Azraff berkata wanita perlu berani bersuara mempertahankan hak mereka.

Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 36 berpendapay ramai yang terperangkap dalam hubungan toksik kerana tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan diri.

“Sebagai wanita, kita perlu berani bersuara. Kita sudah terlalu lama dididik dengan pemikiran kononnya perempuan mesti berkelakuan begini atau begitu. Hakikatnya, kita berhak menilai keadaan dan menolak perkara tidak sepatutnya.

“Apabila mula bersuara, kita sebenarnya sedang berusaha mendapatkan semula keyakinan serta kepercayaan terhadap diri sendiri. Saya berkongsi bukan untuk diri saya sahaja, tetapi juga wanita lain pernah melalui pengalaman atau sedang bergelut dengan perasaan sama.

“Tidak semestinya semua perkara buruk berlaku dalam hidup kita berpunca daripada kesalahan sendiri,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, itu juga menjadi sebab untuk dia lantang bersuara di media sosial khususnya mengenai hak wanita.

“Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu sama ada sudah tiba masanya untuk bersuara atau belum tapi saya rasa kita perlu meluahkan sesuatu untuk mencari semula suara sendiri.

“Apabila mula bersuara, barulah kita dapat menemukan kembali bahagian diri sudah lama hilang.

“Bagi saya, ini satu langkah untuk mendapatkan semula diri sendiri selepas sekian lama terasa seperti meninggalkannya. Pada masa sama, saya juga sedang mempromosikan lagu terbaharu, Lepaskan.

“Kita perlu belajar melepaskan kemarahan dan kesakitan dipendam terlalu lama supaya dapat meneruskan kehidupan tanpa terus memikul beban emosi,” katanya.

Bagaimanapun, kelantangan Kaka mengkritik sikap lelaki toksik mendapat perhatian masyarakat dan diterima dengan baik.

“Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menerima serangan peribadi. Saya rasa apa dikongsikan itu berdasarkan perkara benar dan realiti kehidupan.

“Kalau ada pihak mahu menyerang saya kerana perkara tersebut, mungkin mereka sendiri perlu bertanya kepada diri masing-masing mengapa terasa. Saya tidak berniat mencari gaduh dengan sesiapa,” katanya. -UTUSAN

The post Wanita perlu bersuara cari kembali keyakinan diri – Kaka Azraff appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved