
Perbincangan hangat tercetus di media sosial selepas seorang wanita mempersoalkan penjualan minuman keras yang diletakkan di kawasan terbuka sebuah pasar raya, ketika perayaan Tahun Baharu Cina semakin hampir. Isu itu dibangkitkan kerana kedudukan jualan tersebut berada di laluan awam yang dilalui orang ramai.
Menurut wanita berkenaan, penjualan minuman keras itu diletakkan secara terbuka dan mudah dilihat, walaupun pasar raya tersebut dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelanggan Muslim. Katanya, jualan itu hanya disertakan dengan pelekat dan kertas kecil yang menyatakan produk berkenaan tidak halal.Beliau turut menegaskan terdapat tulisan kecil yang menyebut “strictly for non-Muslim”, namun mempersoalkan sama ada langkah tersebut memadai.

“Persoalan saya, adakah kedudukan penjualan minuman keras ini sudah tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam?” katanya dalam hantaran tersebut.
Wanita itu juga membangkitkan persoalan sama ada umat Islam kini semakin tidak sensitif terhadap isu berkaitan arak kerana terlalu biasa melihat paparan seumpamanya.
“Atau adakah kerana masyarakat Islam sudah tidak lagi sensitif dengan perkara ini? Kerana sudah biasa dan terbiasa?” soalnya.
Baca juga:
Wanita persoal penjualan minuman keras secara terbuka di pasar raya
Lelaki Machang berkain pelikat di Tokyo raih perhatian netizen
‘Tolong jangan minta lebih-lebih free gifts, dahlah minta full loan’ – SA
Menurutnya, jika perkara itu dianggap remeh dan dibiarkan, kedudukan jualan minuman keras mungkin akan menjadi lebih terbuka pada masa akan datang. Sedangkan pasar raya adalah ruang awam, justeru wajar mengambil kira sensitiviti semua pihak.
Wanita berkenaan turut membandingkan situasi itu dengan amalan sebelum ini, di mana minuman keras lazimnya dijual di seksyen khas dan bukan di laluan terbuka.

“Setahu saya, selalunya minuman keras ini dijual di seksyen tersendiri dan tidak dijual di laluan terbuka dan terang-terangan sebegini,” katanya.
Hantaran tersebut mengundang reaksi pelbagai daripada netizen, dengan sebahagian menyifatkan kebimbangan wanita itu sebagai tidak wajar dan berlebihan. Mereka berpandangan tiada paksaan ke atas sesiapa untuk membeli atau mengambil minuman keras berkenaan.
Namun, ada juga netizen yang melihat isu itu sebagai perbezaan pandangan dalam masyarakat majmuk, dengan menekankan keperluan toleransi dan saling menghormati kepercayaan masing-masing dalam ruang awam yang dikongsi bersama.
Sumber: Threads
The post Wanita persoal penjualan minuman keras secara terbuka di pasar raya appeared first on The Reporter.



