Wanita Poland Jadi Perhatian Lepas Buat Cendol Stail Malaysia

Entertainment
2 Sep 2023 • 3:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Cendol dan ais batu campur atau ABC sering menjadi pencuci mulut pilihan rakyat Malaysia terutamanya ketika cuaca yang terik panas. Kalau pekena pula cendol yang ada durian dan pulut, fuh memang sejuk tekak.

Kali ini, seorang wanita Poland pula telah menjadi perhatian pengguna TikTok apabila dia mencuba untuk buat pencuci mulut cendol untuk dicuba oleh ibu bapanya.

Wanita tersebut yang telah berkongsi video dirinya membuat cendol di negaranya menerusi TikTok baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama seminit 17 saat itu, dapat dilihat dia menggunakan bahan-bahan seperti santan kotak, jagung, gula melaka dan daun pandan yang telah dibekukan sebab sukar nak dapat bahan tersebut yang betul-betul segar di Poland.

Dia yang sering ke Malaysia juga tak lupa untuk membawa pulang cendol yang dibeli di Malaysia ke Poland untuk memberi peluang kepada ibu bapanya merasa pencuci mulut kegemaran rakyat Malaysia itu.

image is not available

Difahamkan, ini merupakan kali pertama dia mencuba membuat cendol sendiri sebab sebelum ini, jika di Malaysia, dia hanya membelinya di kedai.

Tapi, memandangkan dia sekarang di kat Poland, mana nak jumpa cendol orang jual bawah pokok atau tepi jalan kan.

Selepas cendol itu siap dimasukkan ke dalam mangkuk, dia kemudiannya meminta ibu bapanya mencuba dessert tersebut.

image is not available

Pada mulanya, ibu bapanya macam pelik tengok ada jagung dalam cendol tu sebab menurutnya, orang Poland hanya makan jagung dalam makanan yang savoury (tidak manis).

Namun, setelah dicuba beberapa sudu, mereka mengatakan cendol itu sedap dan rasanya menarik.

Ada netizen pula mencadangkannya untuk turut menggunakan durian, kacang merah atau pulut ke dalam cendol tersebut untuk rasa yang lebih sedap.

image is not available

Terliur pula rasa nak makan cendol. Sedap jugak makan cendol petang-petang macam ni kan.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.