Wanita pukul anak hingga terhantuk bucu kerusi ditahan polis: Nancy

LocalPolitics
11 Feb 2025 • 1:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Seorang wanita yang dirakamkan memukul seorang kanak-kanak perempuan sehingga tular di media sosial sejak semalam, telah ditahan polis.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Beliau turut memberitahu, kanak-kanak perempuan tersebut telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pelindung Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) telah menghubungi pihak D11 PDRM (Polis Diraja Malaysia) semalam untuk mengambil tindakan segera dan suspek dalam video ini telah pun ditahan oleh pihak polis.

“Kanak-kanak perempuan telah dibawa oleh Pelindung ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kita doakan semoga semuanya dipermudahkan bagi kanak-kanak perempuan ini,’’ katanya menerusi hantaran di X hari ini.

Sejak semalam, tular di media sosial mengenai seorang wanita memukul seorang kanak-kanak di sebuah kedai atau pasar raya dan video berdurasi kira-kira 48 saat itu dipercayai diperolehi daripada rakaman litar tertutup (CCTV).

Dalam rakaman berkenaan, wanita itu yang sedang mengendong seorang lagi anak, telah memukul dengan kuat sehingga kanak-kanak terbabit sehingga terjatuh dan terkena kerusi.

Sementara itu, laman Facebook IPD Arau memaklumkan kejadian tersebut berlaku di Pasar Borong Din Jejawi, Arau, Perlis. - 11 Februari, 2025

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved