
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sejak dahulu lagi, pelbagai taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan atau ‘scammer’ dalam talian untuk memperdaya dan mencuri wang orang ramai di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Selain menipu dengan taktik menang baucar, mereka juga sering menyamar sebagai pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pihak syarikat kurier dan banyak lagi.
Bukan hanya golongan remaja atau warga emas yang menjadi mangsa, malah pemandu e-hailing serta peniaga antara sasaran scammer.
Wanita sedih jadi mangsa scammer yang menyamar dari MOTAC
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial luahan seorang peniaga wanita yang berasa sedih selepas menyedari dirinya menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai pihak Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC).
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, wanita yang dikenali sebagai Myra itu berkata, scammer terbabit telah membuat tempahan 10 bakul buah yang kononnya dari MOTAC Putrajaya untuk cawangan di Kuantan, Pahang.
Menurutnya, dia terpaksa menaiki bas untuk menyelesaikan tempahan itu pada Rabu lalu (15 Oktober) dari Tumpat, Kelantan ke Kuantan, Pahang namun terpaksa pulang semula bersama 10 bakul buah terbabit selepas menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan.
“Saya naik bas dari Kelantan ke Kuantan jam 9 pagi sampai sana 6 petang cepat-cepat gubah, sekarang pukul 11 malam terpaksa naik bas dengan 10 bakul ini sebab rupanya scammer,” tulisnya di dalam video.
Ditipu RM1,300, terpedaya dengan dokumen yang nampak seakan asli
Menurutnya lagi, dia tidak mengambil deposit semasa menerima tempahan kerana scammer terbabit menyatakan pihaknya menggunakan Letter of Obligation (LO) di mana kerajaan akan membuat pembayaran selepas beberapa hari barang diterima.
Wanita itu juga mengakui terpedaya dengan beberapa dokumen yang dihantar oleh si penipu itu yang kelihatan seperti asli.


Susulan itu, dia meminta agar orang ramai lebih berhati-hati agar tidak menjadi mangsa scammer seperti dirinya.
@myraaaa289 Berhati2 lah korang, sekarang scammer semakin cerdik pandai.. Sy tahu ramai yg akan tanya kenapa sy tak mintak depo, sbb scammer ni ckp dia guna PO.. Government akan bayar beberapa hari selepas dpt barang dan mmg tak boleh bagi depo.. Banyak document dia bagi yg mmg nampak legit.. Tolong share supaya takkan ada yg terkena dah.. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypmalaysia #scammer #fypage ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") – Fadhilah Intan
Kronologi bagaimana boleh ditipu scammer menyamar sebagai MOTAC
Myra turut berkongsi jalan cerita yang penuh bagaimana dia boleh menjadi mangsa scammer yang menyamar dari ‘MOTAC Putrajaya’ itu.
Jelasnya, modus operandi scammer terbabit adalah dengan meminta wang selepas memberi tawaran tender yang seterusnya seperti menjadi vendor percubaan dan sebagainya.
Berkongsi lanjut, Myra menyatakan bahawa bukan dirinya sahaja yang terpedaya dengan scammer menyamar sebagai pihak kementerian ini, sebaliknya ramai juga peniaga lain yang pernah menjadi mangsa sama.
@myraaaa289 Buat yg tanya macam mana sy bpleh kena scam tu, ni sy dah cerita A to Z.. Harap semua blh tinggalkan comment yg murni2 je.. Sesiapa yg nk tolong sy dgn beli bakul buah ni, sy nk jual RM65 je.. PM sy ye, terima kasih hanya Allah yg mampu balas budi awk #viral #fypmalaysia🇲🇾 #fypmalaysia #scammermalaysiaviral #viralmalaysia ♬ suara asli – Teman Musik – 𝙏𝙚𝙢𝙖𝙣 𝙈𝙪𝙨𝙞𝙠
Lebih menakutkan, Myra turut mendakwa bahawa skrin telefon pintarnya secara tiba-tiba menjadi gelap seakan sudah digodam oleh scammer tersebut.
Difahamkan lagi, 10 bakul buah yang terpaksa dia bawa pulang semula ke Kelantan itu telah habis dijual pada harga RM65 bagi setiap bakul.
@myraaaa289 Semua sudah saya sampaikan ye, terima kasih semua.. Semoga Allah membalas jasa kalian.. #viralmalaysia #fypmalaysia #fypmalaysia🇲🇾 #viral #scammermalaysiaviral ♬ suara asli – Sei






![“I record you bro” – Staf Money Changer Di Bali Kantoi Sengaja Jatuhkan Sekeping Wang Pelancong [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/travel.jpeg)