Wanita Singapura Tersalah Makan Sup Di Thailand, Ingatkan Kangkung Rupanya Daun Ganja

Entertainment
28 Sep 2022 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti yang ramai sudah tahu, kerajaan Thailand telah pun menggugurkan ganja daripada senarai dadah berbahaya, penggunaannya telah dibenarkan secara komersial atau persendirian sejak bulan Jun lalu.

Banyak kedai-kedai kecil dan restoran menggunakan daun ganja atau kannabis dalam masakan seperti sup atau manisan, malah tumbuhan itu juga dijadikan minuman.

Baru-baru ini, seorang wanita Singapura yang bercuti ke Chiang Rai, Thailand bersama suaminya, ibu mentua serta dua anak lelakinya.

Menurut Straits Times, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Sueanne, memesan semangkuk sup sayuran ketika menjamu selera di restoran hotel tempat mereka menginap dan apabila tiba waktu malam wanita tersebut merasa loya serta mengantuk yang melampau.

image is not available
Gambar hiasan

Keesokan paginya, wanita tersebut kembali ke restoran itu dan memeriksa menu mereka, rupanya apa yang disangkakan ‘kangkung’ dalam supnya sebenarnya adalah daun ganja.

Sueanne berkata tiada petunjuk dalam nama atau keterangan hidangan itu bahawa ia mengandungi ganja malah, pelayan di restoran tersebut tidak berkata apa-apa.

“Sekiranya saya perasan logo itu (logo ganja), atau jika pelayan memberitahu saya, saya tidak akan memesannya,” katanya.

Sueanne juga berkata dia bernasib baik kerana anak-anaknya tidak mencuba hidangan tersebut.

Adui, kena hati-hati jugak ni kalau pergi Thailand!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.