
JAKARTA – Seorang wanita di Indonesia ditangkap mencuri emas dengan menyembunyikan barang kemas itu di dalam mulutnya.
Lokasi tepat kejadian tidak dapat dipastikan tetapi ia berlaku di sebuah kedai emas, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @socialfeed_id menunjukkan wanita terbabit dikepung oleh pekerja kedai emas sebelum dipaksa untuk mengeluarkan emas yang dicuri.
Selepas didesak berulang kali, dia kemudian mengeluarkan emas dari mulutnya dan cuba melarikan diri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 24,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Sudah tua masih mencuri,” kata seorang netizen. – AGENSI
The post Wanita sorok emas dalam mulut appeared first on Kosmo Online.






