Wanita tahan marah, geram suami gelak lepas terduduk atas susyi

23 May 2024 • 2:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Wanita tahan marah

Seorang wanita tahan marah apabila makanan susyi yang dibeli alami kerosakan selepas diduduk oleh suami tanpa sengaja hingga undang perhatian warganet di media sosial.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh @Sufi Syahmi di laman TikToknya, wanita terbabit menunjukkan riak wajah tidak puas hati dan meminta suaminya menggantikan semula makanan itu sambil memberi tenungan tajam.

Wanita tahan marah

 

“Korang tengok dia marah sebab apa, aku terduduk kat susyi dia hahaha, jadi lempeng! Boleh makan lagi, tak adalah teruk sangat. Jangan lah marah,” ujarnya.

Wanita tahan marah

image is not available

image is not available

Netizen kurang senang

Bagaimanapun, tindakan Sufi yang mentertawakan isterinya selepas kejadian itu berlaku telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Tak tahan terus dikecam warganet, Sufi tampil memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa isterinya dalam keadaan baik dan menceritakan kronologi sebenar apa yang berlaku.

“Kakak-kakak janganlah marah saya pasal video susyi tu sebab isteri saya okay je tak ada marah. Jangan risau, saya terduduk atas plastik dia bukan terduduk direct terus..itu kronologi kejadian.

“Saya faham ramai yang menyebelahi isteri saya, tapi tak ada siapa pun yang menyebelahi saya..tak mengapa saya faham. Itulah lelaki, kita kena reda. Jangan marah netizen sekalian, semua okay,” jelasnya.

Sumber: TikTok @ybsufisyahmi