Wanita Tak Jadi Buang Hajat Lepas Tengok Tandas Stesen Petrol Macam Ni

Entertainment
12 Oct 2022 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau kita nak ke tandas awam, kena tengok pelbagai aspek, kebersihan, tandas berfungsi atau tidak dan yang paling penting sekali aspek keselamatan terutamanya kepada kaum wanita.

Tapi korang mesti rasa turn off kalau tengok keadaan tandas awam jadi macam ni, pengguna TikTok @ainishangloo yang pada ketika itu memang dah dalam keadaan ‘darurat’ terus batal niatnya.

 

Terkejar-kejar nak terkucil, langsung batal niat

Ketika kejadian, Nurul kongsikan kepada LOBAK MERAH bahawa dia pada waktu itu baru pulang dari satu tempat dan ingin ke rumah, bagaimanapun dia rasa ingin buang air dan terus singgah ke stesen petrol tersebut.

Melihat keadaan tandas tersebut, Nurul tak jadi dan terus pulang ke rumah memandangkan kawasan stesen petrol itu berhampiran dengan rumahnya yang terletak di Sepang.

Dalam masa 3 hari, video ini telah meraih lebih daripada 500K jumlah tontonan dan rata-rata netizen geli hati apabila melihatnya.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Hurm, rasanya bukan je perempuan, lelaki sendiri akan rasa insecure bila tengok tempat yang tak ada penghadang ni.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.