Wanita tendang kemaluan anggota polis bantuan ketika diminta alihkan kenderaan

15 Oct 2026 • 2:57 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Wanita tendang kemaluan anggota polis bantuan ketika diminta alihkan kenderaan

PETALING JAYA: Seorang wanita bertindak luar kawalan apabila mengamuk dan menendang kemaluan anggota polis bantuan dalam kejadian di Glo Damansara, TTDI, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.38 pagi itu, kejadian berlaku selepas anggota lelaki berusia 30 tahun sedang menjalankan tugas statik.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, anggota berkenaan telah menegur pemandu sebuah kereta Hyundai Inokom yang diletakkan bertentangan arah dan membunyikan hon kepada kenderaan lain tanpa sebab.

Katanya, mangsa kemudian menghampiri kenderaan berkenaan yang dipandu seorang wanita untuk menegur dan mengarahkannya mengalihkan kenderaan.

“Bagaimanapun, suspek menunjukkan isyarat lucah dengan mengangkat jari tengah sambil memberus gigi.

“Suspek kemudian keluar dari kenderaan dan cuba menyerang sebelum menendang bahagian kemaluan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Katanya, mangsa meminta bantuan anggota lain ketika bergelut dengan suspek dan cuba menahannya, namun wanita itu berjaya melarikan diri.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,”jelasnya. – UTUSAN

The post Wanita tendang kemaluan anggota polis bantuan ketika diminta alihkan kenderaan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved