Pemandu kereta BYD yang terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur, sehingga mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, tiba di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.
Lelaki berusia 20-an itu tiba pada pukul 8.59 pagi dengan diiringi anggota polis trafik selepas ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.
View this post on Instagram
Adik Asiah Maut, Pemandu Berdepan Tiga Pertuduhan
Pemandu berkenaan dijangka berdepan tiga pertuduhan hari ini mengikut Seksyen 41(1), Seksyen 42(2) dan Seksyen 52(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Kesemua pertuduhan itu berkaitan dengan kemalangan yang berlaku di Jalan Kuching pada Sabtu lalu.
Kemalangan Tragik Di Jalan Kuching
Terdahulu, polis dilaporkan sedang melengkapkan siasatan berhubung kemalangan membabitkan enam kenderaan tersebut.
Kemalangan itu mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa sebelum ini dilaporkan berkata, pemandu BYD Seal berkenaan telah menerima rawatan di sebuah hospital swasta. – KOSMO ONLINE
TERKINI Pemandu BYD Mengaku Tidak Bersalah
Pemandu BYD yang terlibat dalam kemalangan enam kenderaan di Jalan Kuching, Raeven Goh Wey Haur, 24, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ).
Tertuduh yang bekerja sebagai pegawai bank membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aliaa Anwar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

(INKUES) Tiada Bukti Zara Qairina Ditolak Atau Dibunuh - Inspektor Wong
The post (VIDEO) Pemandu BYD Korbankan Adik Asiah Di Jalan Kuching Hadir Ke Mahkamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






