Suspek bunuh isteri dibawa ke lokasi kejadian

16 Oct 2026 • 12:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek bunuh isteri dibawa ke lokasi kejadian

NILAI – Seorang lelaki yang merupakan suami serta suspek kes pembunuhan seorang pegawai kastam dibawa ke lokasi kejadian di sebuah unit Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini sebentar tadi.

Difahamkan, suspek yang diiringi sepasukan pihak polis dibawa ke unit tersebut untuk membantu siasatan kes kira-kira pukul 11.40 malam tadi.

Mangsa yang maut merupakan seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berusia 35 tahun.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seorang pegawai kerajaan berusia lingkungan 30-an ditemui maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah unit Kuarters KLIA, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa yang bertugas di KLIA dipercayai dibunuh sebelum suaminya yang berusia lingkungan 30-an menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang sekitar pukul 8 malam. – KOSMO! ONLINE

The post Suspek bunuh isteri dibawa ke lokasi kejadian appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved