Wanita terjatuh dari jambatan ditemukan lemas

4 Jul 2026 • 1:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita terjatuh dari jambatan ditemukan lemas
Pasukan penyelamat mengusung mayat seorang wanita yang terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah semalam setelah ditemukan lemas pagi ini. Foto Bernama Gambar kecil: Nor Haslini)
Image from: Wanita terjatuh dari jambatan ditemukan lemas
Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan setelah seorang wanita ditemukan selepas terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah. Foto Bernama
Image from: Wanita terjatuh dari jambatan ditemukan lemas
Bapa mangsa, Din Zakaria (tengah) tidak dapat menahan kesedihan selepas anaknya ditemukan selepas terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al Muktafi Billah Shah. Foto Bernama

DUNGUN - Seorang wanita yang dilaporkan terjatuh dari jambatan Sungai Paka di Jalan Jabor-Paka berhampiran Bandar Al-Muktafi Billah Shah di sini semalam, ditemukan lemas pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, Nor Haslini Din, 47, yang mengalami masalah mental ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat pada jam 10.30 pagi.

"Mayat ditemukan tersangkut pada ranting kayu kira-kira 200 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Wanita itu dilaporkan terjatuh dari jambatan berketinggian 45 meter pada 10.30 pagi Jumaat.

**media[3571210]**

Nik Ab Halim berkata, mayat dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat.

Sementara itu, bapa mangsa Din Zakaria, 77, berkata, terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan anaknya walaupun bergegas ke jambatan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya selepas melihat anak bongsu daripada enam beradik tersebut terjatuh.

**media[3571211]**

"Saya hanya mampu melihat Nor Haslini terkapai-kapai sebelum dihanyutkan arus deras dan tenggelam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Din bagaimanapun bersyukur mayat anaknya ditemukan pada Sabtu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved