Wanita Terkejut Suami Bukan Duda Anak Satu Tapi 7 & Sudah 5 Kali Berkahwin

5 Sep 2023 • 10:50 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Seorang wanita  dari Indonesia, Ayu Wulandari menceritakan pengalaman hidupnya selepas berkahwin berkahwin dengan seorang lelaki yang hanya dikenali selama tiga bulan.

Natijahnya, Ayu mengatakan dirinya bukan hanya ditipu tetapi terlilit hutang selepas suami menggunakan namanya untuk melakukan beberapa pinjaman.

Kisah Ayu menjadi viral selepas dia berkongsi di media sosial Tik Tok.

Ayu mendakwa telah dikenalkan dengan seorang lelaki melalui jiran yang juga rakan sepejabat.

Sewaktu berkenalan dengan lelaki yang diberi gelaran D, Ayu mengaku sudah diberitahu tentang masa silamnya.

“D beritahu dia seorang duda satu anak dan saya percaya. Dia ajak bertunang dan saya terima semua masa silamnya.

“Namun sewaktu bertunang sudah ada banyak keraguan yang timbul. Antaranya keluarga kami didatangi seorang wanita yang mengaku masih punya hubungan dengan D.

“Sewaktu proses menikah, D juga memberikan surat penceraian yang tarikhnya sangat meragukan. Hal itu kerana dia beritahu anaknya baru berusia dua tahun tapi tarikh anak terakhir tercatat lebih lama daripada usia tersebut,” ujar Ayu seperti dilaporkan Detik.com.
 

@strwbry005 yang tadi kepotong maaf ya, aku post lagi ini. orang lain tidak akan pernah tau seberapa sulit aku mempertahankan kewarasan dan akal sehatku. juga semangat dalam diriku. sekarang aku sedang berusaha dan berjuang, bagaimana melanjutkan hidup. Aku berusaha untuk sehat dan tetap waras. aku disini sedang berdamai dengan luka dan trauma yang diberi oleh laki2 pilihanku sendiri. Aku sedang tidak baik2 saja, pikiran dan hatiku hancur karena sebuah pengkhianatan . Tetapi keadaan memaksa ku untuk tetap waras dan memaksa tubuh ini untuk tetap sehat . #fyp #fypシ #fypシ゚viral #ceritakita #jiwayangbersedih #geaindrawari #pengkhianat #selingkuh #perselingkuhan #perempuanhebat #tetapsemangat #tetapwaras ♬ Jiwa Yang Bersedih - DENII












image is not available