Wanita terseliuh ketika daki Gunung Kinabalu

6 Aug 2023 • 3:35 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Seorang wanita tempatan berusia 46 tahun cedera ketika mendaki Gunung Kinabalu selepas terseliuh di buku lali di sini, Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian pada Sabtu itu berlaku di Waras Hut Gunung Kinabalu, kira-kira jam 11.26 pagi.

“Kami menerima panggilan melalui talian balai dan sepasukan 15 anggota termasuk pasukan mencari dan menyelamat (Mosar) Gunung Kinabalu, renjer Taman-Taman Sabah dan malim gunung diketuai Komander Operasi, PBK II (KUP) Norazly Mohd Nauth bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan tiba di lokasi yang terletak 1.2 kilometer dari Pondok Gunting Lagadan, kami mendapati seorang mangsa wanita terseliuh di buku lali kiri ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more “Pasukan Mosar kemudiannya memberikan rawatan awal sebelum membawa mangsa turun ke Timpohon Gate menggunakan Robinson Stretcher,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.