Wanita Terus Cancel Booking, Sebab Homestay Hanya Nak Penyewa ‘Melayu & Cina’ Je

Entertainment
30 Jun 2022 • 5:46 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selain requirement kerja, memang boleh dikatakan satu lumrah untuk sesuatu perkhidmatan itu membataskan segelintir kaum untuk melanggannya.

Ceritanya apabila ada seorang wanita ini kongsikan pengalaman teman lelakinya berurusan dengan seorang lelaki yang menjaga sebuah Homestay di Bentong, Pahang menerusi Airbnb, tapi urusan mereka dibatalkan serta merta sebab sentuh bab kaum.

 

“No Indians allowed”

Ela (bukan nama sebenar) ada muat naik perkongsiannya di Twitter ketika teman lelakinya dan keluarga sedang merancang untuk sewa satu Homestay sempena Christmas trip kelak.

Jadi dia berurusan dengan seorang lelaki yang bernama D (bukan nama sebenar) mengenai sewaan itu.

image is not available

“Kami bercakap dalam bahasa mandarin dan saya ada tanya kan beberapa soalan mengenai tempat itu sebelum book. Segala urusan berjalan lancar dan teman lelaki saya mahu sewa tempat itu.”

Namun begitu, ketika D menghubungi teman lelakinya, dia tanya bangsa teman lelakinya itu.

“Katanya, kami hanya bagi sewa dekat Melayu dan Cina”

image is not available

Oleh sebab itu, tanpa fikir panjang mereka batalkan niat untuk sewa dengannya. Kata Ela, alasan pihak Homestay itu enggan menerima pelanggan India kerana mereka pernah ada pengalaman buruk dimana mereka tidak ikut peraturan.

“Saya ada hubungi D untuk fahamkan situasi dan dia cakap (dengan nada jelik) mereka tidak sewakan dekat orang India kerana kotor, biarkan tempat bersepah dan curi ais krim hak milik homestay.”

image is not available

Bagi Ela perkara itu sangat tidak adil untuk larang kepada orang lain yang mungkin lebih beretika.

“Hanya disebabkan puak daripada segelintir kaum itu tinggalkan tempat dalam keadaan kotor, dia nak assume yang semua orang kaum tu pengotor? Keluarga teman lelaki saya akan ada Christmas trip setiap tahun, mereka selalu bersihkan tempat sebelum pergi dan tak pernah ada masalah macam ni sebelum ni.”

Dia juga mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang hanya melakukan diskriminasi sedangkan ada alternatif lain seperti caj penalti.

image is not available

“Kalau ada siapa-siapa yang rosakkannya, tak kisah lah apa warna kulit dia, buat je la penalty fee. Sangat tak masuk akal kena jadi #racist disebabkan hal ni.”

Ela turut menegaskan bahawa pemilik dan pihak pengurusan tersebut perlu perbaiki diri. Biarpun begitu dia faham segelintir ejen hanya jalankan tugas. Namun katanya tuan tanah tak perlu meletakkan requirement yang tak masuk akal.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.