Wanita Tular Didakwa Setahun ‘Menginap’ Di KLIA Ada Masalah Mental – Polis

23 Dec 2025 • 3:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Heboh di media sosial mengenai seorang wanita yang didakwa menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai tempat tinggalnya sejak setahun lalu.

Video itu meraih perhatian dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu kerana KLIA bukan tempat tinggal sebaliknya hanya transit untuk pengguna perkhidmatan udara.

Dalam perkembangan terbaharu, polis mengesahkan wanita berkenaan sudah pun ditahan dan didapati mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.

Timbalan Ketua Polis Daerah KLIA, Superintenden Albany Hamzah berkata, wanita itu merupakan warga tempatan.

“Kita telah menahan wanita itu pada 18 Disember lalu.

“Pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai kad masalah kesihatan mental dan tindakan lanjut telah diambil dengan menyerahkannya ke Hospital Kajang,” katanya.

Namun begitu, punca sebenar keberadaan wanita tempatan itu di KLIA Terminal 1 masih belum dapat dipastikan.

@raef_benzemi

Pengurusan macam mane ni @Malaysia Airports #mahb #klia #pdrmmalaysia

♬ Jet2 Advert – image is not availableA7-BBH | MAN image is not available

image is not available

Terdahulu, media melaporkan KLIA memaklumkan pihak berkuasa sudah mengambil maklum dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Kami memohon kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang berjalan,” tulis kenyataan itu.

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.