Wanita UMNO tidak boleh selamanya jadi ‘tulang belakang’ parti – Noraini

LocalPolitics
10 Sep 2026 • 1:16 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita UMNO tidak boleh selamanya jadi ‘tulang belakang’ parti – Noraini

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO mahu lebih ramai ahlinya diberi peluang memegang jawatan menerusi inisiatif Laluan 30 Wanita UMNO yang bertujuan mengenal pasti, mempersiap dan membawa bakat wanita ke kerusi kepimpinan.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, sudah tiba masanya wanita bukan sekadar dianggap sebagai ‘tulang belakang’ parti, sebaliknya turut diberikan ruang berada di meja membuat dasar dan menentukan hala tuju perjuangan.

Katanya, wanita selama ini memainkan peranan penting mendekati pengundi, mengurus Pusat Daerah Mengundi (PDM) serta menjaga kebajikan masyarakat, namun sumbangan itu perlu diterjemahkan kepada peluang kepimpinan yang lebih adil.

“Wanita juga mesti berada di meja membentuk dasar dan bersama menentukan arah perjuangan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Menurut beliau, sasaran penyertaan wanita sebanyak 30 peratus tidak seharusnya hanya kekal sebagai angka di atas kertas atau slogan ketika perhimpunan.

Katanya, wanita UMNO tidak menuntut tempat atas dasar belas kasihan, sebaliknya mahu kemampuan mereka dinilai secara adil dan peluang diberikan kepada individu yang benar-benar layak.

“Wanita bukannya menuntut tempat atas dasar belas kasihan. Kita juga tidak meminta jalan dipermudahkan. Kita hanya mahu kemampuan wanita dinilai dengan adil dan peluang diberikan kepada mereka yang benar-benar layak,” katanya.-KOSMO! ONLINE

The post Wanita UMNO tidak boleh selamanya jadi ‘tulang belakang’ parti – Noraini appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved