Wanita Warga Asing Kerja Tukang Cuci Tapi Bila Malam ‘Jual Diri’

9 Feb 2023 • 3:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, zaman kini ramai yang memilih untuk melakukan 2-3 kerja bagi menampung perbelanjaan harian namun, ia bukanlah tiket untuk kita melakukan pekerjaan yang salah di sisi undang-undang.

Baru-baru ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang telah menahan pekerja di syarikat pembersihan dalam satu operasi di Jalan Penang, malam tadi kerana didakwa terbabit dengan kegiatan persundalan.

Menurut laporan Buletin TV3, serbuan jam 11.30 malam itu dilakukan hasil risikan serta siasatan oleh pihak JIM sejak seminggu lalu.

image is not available
Gambar hiasan

Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Shah Inor Shahbudin, berkata serbuan susulan risikan pihaknya mendapati wanita warga asing yang datang ke pusat hiburan itu menawarkan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggan lelaki di pusat yang sama.

“Siasatan mendapati wanita itu akan membawa pelanggannya pulang ke rumah atau lokasi lain bagi perkhidmatan persundalan.

“Namun, kita masih menjalankan siasatan berhubung tawaran harga serta modus operandi digunakan bagi mendapatkan pelanggan,” katanya.

Difahamkan, kira-kira 20 pelanggan warga asing dan tempatan berada di situ ketika serbuan dan pemeriksaan keseluruhan mendapati seramai lapan warga Indonesia tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Semua yang ditahan dibawa ke pejabat imigresen bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.