Wanita Warga Emas Berusia 101 Tahun Peluk Islam

Entertainment
21 Dec 2024 • 12:32 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita warga emas menjadi tumpuan apabila memeluk Islam pada usia 101 tahun.

Dalam satu perkongsian oleh Firdaus Wong Wai Hung iaitu Presiden Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa (MRM) menerusi Facebook, beliau telah dihubungi oleh Datuk Mohd Daud Leong iaitu seorang peguam yang juga sahabatnya yang memohon bantuan Firdaus untuk membantu mengislamkan ibunya.

Difahamkan, Datuk Mohd Daud Leong telah lama berdakwah kepada ibunya dan ibunya itu akhirnya bersetuju untuk memeluk Islam baru-baru ini.

image is not available

Ketika Firdaus bertemu dengan wanita tersebut, dia ada bertanyakan kepastian daripada ibu Daud Leong itu jika wanita itu dipaksa untuk memeluk Islam oleh anaknya.

Ini kerana dalam Islam, tiada paksaan untuk orang bukan Islam memeluk agama Islam.

Namun, menurut warga emas itu ketika bertutur dalam dialek Kantonis, dia mengatakan anaknya itu tidak memaksanya untuk masuk Islam dan mengakui penghijrahannya itu dibuat dengan tenang menerusi keputusannya sendiri.

image is not available

Wanita tersebut kemudiannya mengucapkan dua kalimah syahadah dalam Bahasa Arab manakala terjemahan kalimah tersebut dalam dialek Kantonis.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.