Wanita warga emas tidak sedarkan diri disengat lebah ketika mendaki

LocalHealth & Fitness
13 Nov 2026 • 8:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Wanita warga emas tidak sedarkan diri disengat lebah ketika mendaki
Seorang wanita warga emas ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai disengat lebah ketika melakukan aktiviti pendakian. Foto JBPM Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM - Seorang wanita warga emas ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai disengat lebah ketika melakukan aktiviti pendakian di Bukit Sungai Lembu di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.35 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam terus ke lokasi kejadian.

"Wanita berusia 72 tahun itu ditemukan pihak bomba pada 6.40 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan bantuan orang awam di sekitar kawasan bukit tersebut.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pasukan bomba membawanya turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, empat anggota bomba termasuk penyelia dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) terlibat dalam operasi itu yang turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebelum ditamatkan pada 8.46 malam.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved