Wanita tidak sedarkan diri disengat lebah ketika mendaki

LocalHealth & Fitness
13 Nov 2026 • 10:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Wanita tidak sedarkan diri disengat lebah ketika mendaki

BUKIT MERTAJAM – Seorang wanita warga emas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dipercayai disengat lebah ketika mendaki Bukit Sungai Lembu di sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.35 petang.

Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam digerakkan ke lokasi kejadian.

“Wanita berusia 72 tahun itu dijumpai anggota bomba pada pukul 6.40 petang selepas operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan orang awam di sekitar kawasan tersebut.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum pasukan bomba membawanya turun ke kaki bukit dan diserahkan kepada pasukan perubatan sebelum dibawa ke Hospital Bukit Mertajam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.- Bernama

The post Wanita tidak sedarkan diri disengat lebah ketika mendaki appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved