Wanita warga Taiwan maut dipercayai lemas ketika snorkel di Teluk Nipah

LocalTravel
18 Jan 2026 • 11:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

IPOH, 18 JAN: Seorang wanita warga Taiwan maut dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti selam snorkel di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata mangsa yang berusia 72 tahun itu ditemukan oleh seorang pemandu pelancong dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12.30 tengah hari.

"Mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Giam bersama ahli keluarganya yang lain," katanya ketika dihubungi malam ini.

Hasbullah berkata mangsa akan menjalani proses bedah siasat esok di Hospital Seri Manjung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved