Wanita lemas ketika snorkeling

18 Jan 2026 • 11:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mangsa lemas semasa melakukan aktiviti snorkeling di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada Ahad. Foto hiasan

IPOH - Seorang wanita warga Taiwan maut dipercayai akibat lemas semasa melakukan aktiviti snorkeling di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, mangsa yang berusia 72 tahun itu ditemukan oleh seorang pemandu pelancong dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

"Mangsa dipercayai sedang melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Giam bersama ahli keluarganya yang lain," katanya ketika dihubungi malam Ahad.

Hasbullah berkata, mangsa akan menjalani proses bedah siasat esok di Hospital Seri Manjung dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved