Warga Asing Didakwa Bunuh Ibu Dan Anak Di Juru

LocalPolitics
27 Nov 2025 • 8:38 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Warga Asing Didakwa Bunuh Ibu Dan Anak Di Juru

BUKIT MERTAJAM, (Bernama) — Seorang lelaki warga Nepal dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang wanita dan anaknya di Kampung Sekolah Juru, bulan lepas.

Suspek berusia 35 tahun itu mengangguk faham sebaik kedua-dua pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Hindi di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa membunuh Sariya Che Hin, 51, dan Nur Afrina Abdul Rahim, 11, antara 12.30 tengah hari hingga 7.30 malam pada 18 Okt lepas di sebuah rumah di Kampung Sekolah Juru di sini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan mukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun, dan jika tidak dijatuhi hukuman mati, dia akan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Anis Suhada Rosli tidak menawarkan sebarang jaminan.

Mahkamah menetapkan 26 Jan depan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat, forensik dan kimia.

BACA: Banjir: 29 Sekolah Di Perlis Laksana PdPR Sepenuhnya Bermula Hari Ini

Sumber: Bernama

The post Warga Asing Didakwa Bunuh Ibu Dan Anak Di Juru appeared first on Siakap Keli.