Pernah Dibantu Ketika Sakit, Gadis Bawa Ibu Bapa Jumpa Pak Cik Grab Selepas Konvo

LocalLifestyle
26 Nov 2025 • 11:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kisah penuh sebak kembali tular apabila seorang gadis, Mirzahiraa, membawa kedua ibu bapanya bertemu pak cik Grab (pemandu e-hailing) yang pernah membantunya mendapatkan rawatan ketika dia sedang sakit dan keseorangan suatu ketika dahulu.

Pertemuan penuh makna itu berlangsung selepas majlis konvokesyennya di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai tanda penghargaan terhadap lelaki yang dianggapnya sebagai penyelamat pada hari sukar itu.

Bawa ibu bapa jumpa pak cik Grab yang membantu

Menerusi Thread, gadis itu telah membuat naik gambar pertemuan mereka dan menyatakan pak cik yang menjadi peranan bapa pada hari dia sakit itu akhirnya bertemu dengan bapanya.

“Korang ingat tak pak cik Grab viral sebab tolong saya hari tu. Kami jumpa semalam lepas majlis graduasi… Pak cik yang memainkan peranan jadi ayah hari itu, akhirnya berjumpa dengan ayah saya yang sebenar.”

image is not available

Bagus tak lupa jasa pak cik Grab

Perkongsian tersebut meraih ribuan reaksi, dengan ramai memuji tindakan Mirzahiraa menghargai jasa pemandu e-hailing berkenaan.

image is not available

Cerita yang sangat menyentuh hati

image is not available

Sebelum ini, Mirzahiraa pernah berkongsi kisah bagaimana pemandu Grab tersebut membantunya ketika dia hanya mempunyai RM30, sedang sakit dan berseorangan di perantauan.

Lelaki itu bukan sahaja menghantarnya hingga ke pintu kecemasan, malah membelikan sarapan, memberi sedikit wang tambahan dan terus bertanya khabar selepas itu.

Sumber; Thread mirzahiraa

The post Pernah Dibantu Ketika Sakit, Gadis Bawa Ibu Bapa Jumpa Pak Cik Grab Selepas Konvo appeared first on Borak Daily.

View Original Article