Warga asing ditahan raba pengunjung pasar malam

21 Jun 2023 • 5:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar memaparkan polis menahan lelaki warga asing yang disyaki meraba seorang wanita yang mengunjungi tapak pasar malam di Taman Perpaduan, Tambun pada Selasa. - Foto ihsan pembaca

IPOH - Polis menahan seorang lelaki warga asing yang disyaki mencabul kehormatan seorang wanita di tapak pasar malam Taman Perpaduan, Tambun di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, suspek, 20, ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa berusia 36 tahun.

"Polis berjaya memperoleh perintah tahan reman selama tiga hari sehingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cabul kehormatan.

"Dengan tertangkapnya suspek, kes ini berjaya diselesaikan. Polis akan melengkapkan siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat memapar tangkapan terhadap suspek dipercayai meraba seorang wanita warga tempatan.

Suspek berjaya ditangkap oleh pengunjung dan urusetia tapak pasar malam berkenaan sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved