Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui Malaysia sememangnya meraikan setiap warga asing yang datang ke negara ini tidak kiralah sebagai pelancong mahupun bekerja. Namun ia perlulah melalui cara yang betul mengikut undang-undang.
Akan tetapi terdapat segelintir sikap warga asing apabila sudah berada di Malaysia melakukan perkara tidak sepatutnya seperti meminta sedekah dan sebagainya. Perkara ini secara tidak langsung membuatkan imej negara menjadi buruk.
Pemuda minta sedekah di Kuala Lumpur mengaku kononnya orang Palestin
Terbaharu seorang wanita Palestin telah berkongsi satu video memaparkan seorang pemuda yang meminta sedekah di Kuala Lumpur dan mendakwa kononnya dia dari negara itu.
Dalam video yang dikongsikan oleh Mona di Threads, dia meminta rakyat Malaysia tidak memberikan sebarang wang kepada mana-mana individu yang mengaku mereka daripada Palestin.
Kata Mona, pemuda lelaki itu mengaku kononnya dia daripada Nablus. Jelas wanita itu, mereka yang daripada Nablus tidak meminta sedekah di jalanan.
Siap bawa plakad kecil nak bagitahu dia daripada Palestin
Malah dalam video itu juga, kelihatan pemuda berkenaan cuba mendapatkan semula plakad kecil yang kononnya menunjukkan dia daripada Palestin.
Apabila Mona mengajukan pelbagai soalan kepada pemuda itu, kelihatan dia tidak membenarkan Mona merakam dirinya sebelum beredar tanpa mengambil semula plakad kecil tersebut.
Mona juga menegur pemuda tersebut yang dia tidak boleh semberono mengakui berasal daripada sesebuah negara yang bukan tempat asalnya.
Lelaki dakwa dari Palestin tetapi bercakap loghat Jordan
“Hari ini di Sogo, Kuala Lumpur. Rakyat Malaysia jangan percaya, mereka bukan daripada Palestin. Jangan beri mereka duit anda. Dia beritahu saya, dia daripada Nablus tetapi bunyi percakapannya jelas mempunyai loghat (accent) Jordan.
“Dia juga enggan menunjukkan kepada saya dokumen pasportnya,” kata Mona dalam hantaran itu.
View on Threads
Minta rakyat Malaysia jangan percaya individu mengaku daripada Palestin yang meminta sedekah di KL dan dakwa mereka adalah scammer
Sebelum ini Mona dalam hantaran di Threads turut menyeru rakyat Malaysia untuk berhati-hati dan tidak mempercayai mana-mana individu di Bukit Bintang atau Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang meminta sedekah dan mengaku mereka daripada Palestin.
Ini kerana, dia mendakwa mereka merupakan scammer atau penipu. Jelas Mona, sebagai seorang yang merupakan warganegara Palestin dan hidup di Malaysia, dia percaya 100% mereka yang meminta sedekah itu bukanlah daripada Palestin.
Tak nak tunjuk dokumen yang membuktikan daripada Palestin
“Saya boleh menganalisanya dengan mudah dan bunyi mereka bercakap sebenarnya daripada Syria atau Jordan. Apabila mereka disoal di manakah sebenarnya lokasi mereka di Palestin, mereka kaku dan enggan menunjukkan dokumen berkaitan mahupun pasport,” katanya lagi.
Ujar Mona, dia telah beberapa kali menghubungi polis mengenai tindakan mereka itu. Mona turut menyifatkan dia sangat kecewa apabila ada pihak menggunakan nama negaranya yang boleh mengundang kepada kebencian rakyat Malaysia.
“Tolong jangan biarkan scammer ini menipu awak. Jika anda berdepan dengan mereka, tolong abaikan mereka atau buat laporan kepada imigresen atau polis. Buka mata anda.”
View on Threads
Ramai ucap terima kasih kerana wanita beri kesedaran supaya tiada yang terkena dengan pemuda itu
Melihat di ruangan komen, ramai yang berterima kasih kepada Mona kerana memberikan kesedaran mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab individu tersebut agar tiada yang tertipu.
Tidak kurang ada yang mengatakan kebanyakan rakyat Malaysia sememangnya tahu mereka yang meminta sedekah di jalanan itu sememangnya bukan daripada Palestin.
Namun ada juga yang berpendapat berdasarkan wajah pemuda tersebut dia dilihat seperti bukan daripada negara Arab.
“Terima kasih mendedahkan scammer ini. Kami dah muak dengan individu yang mencalarkan imej negara kami.”
![Image from: Warga Asing Mengaku Kononnya Dari Palestin Ketika Minta Sedekah Di Kuala Lumpur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pemuda-mengaku-dari-palestin-minta-sedekah-1.jpg)
“Minta dia tunjuk visa”
![Image from: Warga Asing Mengaku Kononnya Dari Palestin Ketika Minta Sedekah Di Kuala Lumpur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pemuda-mengaku-dari-palestin-minta-sedekah-2.jpg)
“Baguslah sebarkan kesedaran. Rakyat Malaysia pun menyampah dengan orang fake macam ni”
![Image from: Warga Asing Mengaku Kononnya Dari Palestin Ketika Minta Sedekah Di Kuala Lumpur [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/07/pemuda-mengaku-dari-palestin-minta-sedekah-3.jpg)



