“Saya Punya Kerja Teruk” – Warga Asing Dedah Gaji RM5,000 Sebulan Undang Perhatian [Video]

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2025 • 12:55 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Gaji sering menjadi antara topik perbualan hangat kebanyakan pekerja di Malaysia.

Manakan tidak, kebanyakan individu yang bekerja masih lagi memperolehi pendapatan yang tidak setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan.

Malah, ada yang hanya memperolehi gaji pada paras minimum iaitu sekitar RM1,700 meskipun berpendidikan tinggi atau sudah lama bekerja.

Isu sebegini sering menjadi perdebatan apatah lagi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ia ditambah lagi dengan perkongsian segelintir pengguna media sosial mengenai gaji yang diterima oleh warga asing yang bekerja di negara ini.

Warga Asing Dedah Dah 10 Tahun Tinggal Di Malaysia, Enggan Balik Negara Sendiri

Baru-baru ini, tular di media sosial pendedahan seorang lelaki warga asing tentang gaji bulanannya ketika ditemubual oleh seorang individu.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @syokgeng, lelaki warga asing yang dikenali sebagai Anis itu mendedahkan dia telah menetap di Malaysia selama 10 tahun.

Apa yang menjadi perhatian adalah ketika ditanya sama ada dia mahu pulang ke negara asalnya iaitu Bangladesh, dia enggan berbuat demikian.

Jelas Anis yang fasih berbahasa Melayu, tinggal di Malaysia lebih seronok dan lebih baik berbanding negaranya sendiri.

“Saya tak nak balik. Malaysia okay, kerja okay. Tidur okay. Malaysia semua okay. Bangladesh yang tak okay,” jelasnya.

Terima Gaji RM5,000 Sebulan, Tetapi Dakwa Kerja Teruk & Tiada Cuti

Kongsi Anis lagi, dia memperolehi gaji sebanyak RM5,000 pada ketika ini bagi pekerjaan yang dilakukan untuk tempoh 10 jam sehari.

Namun kongsi Anis, kerjanya agak teruk dan mengalami kesukaran untuk bercuti.

“Saya punya kerja teruk tapi saya tarak (tiada) cuti,” kongsinya lagi.

Pun begitu, Anis tidak mendedahkan jenis atau nama pekerjaan yang dilakukan pada ketika ini.

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi Lepas Tahu Warga Asing Dapat Gaji RM5,000 Sebulan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri sebaik mendengar gaji yang diperolehi oleh warga asing berkenaan.

Ramai yang berpendapat ianya berbaloi dengan tekanan dan suasana kerja yang dihadapi oleh individu terbabit.

Malah, ada yang turut berkongsi pengalaman sendiri bekerja dengan golongan ini yang sememangnya rajin bekerja dan langsung tidak memilih.

Namun, ada juga segelintir pengguna media sosial berpendapat golongan sebegitu tidak perlu membayar cukai membolehkan mereka mempunyai pendapatan sebegitu.

Tidak kurang juga, ada segelintir yang membuat perbandingan gaji di antara rakyat Malaysia dan warga asing.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Saya HR Untuk Pekerja Asing Macam Dia, Memang Gaji Diorang Hampir 5K Sebulan Tapi Kerja 12 Jam Sehari, Rehat Sejam, Kerja 6 Hari Seminggu”

image is not available

“Buruh Kasar Buat Bangunan Gaji Memang Tinggi, Ramai Rakyat Malaysia Tak Masuk Sektor Ini”

image is not available

“RM5000 Tak Kena Potong Cukai, Tak Ada Loan, Duduk Bilik Kongsi, Naik Pengangkutan Awam”

image is not available

“Diorang Punya Kerja, Korang Boleh Buat Ke?”

image is not available

“Diorang Kerja Tak Ada Cuti, 10-12 Jam. Bukan Nak Cakap, Orang Kita Semua Raya Nak Cuti, Tak Dapat Cuti Bagi MC”

image is not available

Source: